Zây

Posted by Labels: at
Makhraj Huruf Sifat Huruf ﺯ (Za’)
Ujung lidah diletakkan dibelakang gigi bawah.
Tahap huruf : lemah
Makhraj am: al-lisani ( lidah )
Makhraj khas: mendatarkan lidah dan kemudian diletakkan hujung lidah di belakang gigi hadapan (kacip) sebelah bawah.
1. Sifat huruf : jahr ( sifat kuat )
Bahasa : nyata /nyaring/terang
Istilah : nafas tertahan semasa menyebut hurufnya disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
2. Sifat huruf : ismat ( sifat pertengahan )
Bahasa : tertegah atau tertahan lidah
Istilah: tertegah daripada segera keluar ketika melafazkan huruf.
suara huruf yang bersifat ismat dilaksanakan tersekat-sekat kerana hurufnya dikeluarkan jauh dari bahagian pinggir lidah atau pinggir bibir.
3. Sifat huruf : infitah (sifat lemah )
Bahasa : renggang dan terbuka
Istilah : berjauhan lidah drpd lelangit yg menyebabkan suara dilepaskan dgn lapang dan terbuka
melahirkan suara yang ringan dan tipis
4. Sifat huruf :istifal ( sifat lemah )
Bahasa : merendah/menurun
Istilah : merendahkan lidah dlm keadaan mendatar ketika menyebutnya.
sebutan huruf hendaklah ditarqiqkan ( dinipiskan ) sama ada dalam keadaan berbaris atau sukun.
5 . Sifat huruf : rakhawah ( sifat lemah )
Bahasa : lembut
Istilah : suara terlepas ketika menyebut hurufnya kerana tekanan yang lemah pada makhrajnya.
dapat dikesan dgn adanya suara yg dilepaskan tanpa tersekat-sekat semasa menyebut hurufnya sama ada hurufnya berbaris atau sukun.
6. Sifat tunggal – sofir
Bahasa : bersiul/berdesir
Istilah : menyebut hurufnya dgn bunyi berdesir yg kuat.
bunyi seakan-akan bunyi suara unggas.
desirannya menyerupai suara lebah
Post a Comment

Back to Top