Sîn

Posted by Labels: at
Makhraj Huruf Sifat Huruf ﺲ (Sin)
Ujung ldah diletakkan dibelakang gigi bawah
Tahap huruf : lemah
Makhraj am: al-lisani ( lidah )
Makhraj khas: mendatarkan lidah dan kemudian diletakkan hujung lidah di belakang gigi hadapan (kacip) sebelah bawah.
1 . Sifat huruf : ismat ( sifat
Pertengahan) bahasa : tertegah atau tertahan lidah
Istilah: tertegah daripada segera keluar ketika melafazkan huruf.
suara huruf yang bersifat ismat dilaksanakan tersekat-sekat kerana hurufnya dikeluarkan jauh dari bahagian pinggir lidah atau pinggir bibir.
2. Sifat huruf : hams ( sifat lemah ) 
Bahasa : senyap atau tersembunyi
Istilah : nafas/udara terlepas semasa menyebut hurufnya kerana lemahnya ia berpegang pada makhrajnya.
3 . Sifat huruf : rakhawah ( sifat lemah )
Bahasa : lembut
Istilah : suara terlepas ketika menyebut hurufnya kerana tekanan yang lemah pada makhrajnya.
dapat dikesan dgn adanya suara yg dilepaskan tanpa tersekat-sekat semasa menyebut hurufnya sama ada hurufnya berbaris atau sukun.
4. Sifat huruf :istifal ( sifat lemah )
Bahasa : merendah/menurun
Istilah : merendahkan lidah dlm keadaan mendatar ketika menyebutnya.
sebutan huruf hendaklah ditarqiqkan ( dinipiskan ) sama ada dalam keadaan berbaris atau sukun.
5. Sifat huruf : infitah (sifat lemah )
Bahasa : renggang dan terbuka
Istilah : berjauhan lidah drpd lelangit yg menyebabkan suara dilepaskan dgn lapang dan terbuka.
melahirkan suara yang ringan dan tipis
6. Sifat tunggal – sofir
Bahasa : bersiul/berdesir
Istilah : menyebut hurufnya dgn bunyi berdesir yg kuat.
bunyi seakan-akan bunyi suara unggas.
desirannya menyerupai suara belalang.
Post a Comment

Back to Top