Pengenalan Sifat Huruf

Posted by Labels: at
source : 

SIFATUL HURUF 

Pengertian menurut bahasa: 
Apa sahaja yang ada pada sesuatu yang dapat memberikan makna seperti hitam, putih, dan apa - apa yang menyerupainya

Pengertian menurut istilah: 
Sifat yang baru datang pada saat huruf itu keluar dari makhrajnya iaitu jelas, lunak dan lain - lain

Tujuan mempelajari sifat-sifat huruf: 
Agar huruf yang keluar dari mulut kita semakin sesua dengan keaslian huruf - huruf Al Quran itu sendiri.

Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf, dengan keadaan pengucapan seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.

Kelebihan memahami sifat huruf ini adalah sebagai pelengkap kepada makhroj. Dengan mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafadz pengucapan bagi huruf yang makhrojnya sama.

Tambahan pula, kita akan dapat mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafadzkan secara tebal dan tipis karena sifat yang wujud pada hurufnya.

Sifat huruf juga membantu ketepatan sebutan suatu huruf supaya dapat dilafadzkan dengan betul, terutamanya bagi huruf yang hampir sama pengucapannya seperti huruf tha ) dengan sin ),  ha' (ح) dengan ha (ﻫ).

Pendapat Ulama Tentang Jumlah Bilangan Sifat Huruf.
Biasanya pendapat yang digunakan ialah pendapat Ibnu Jazari, yaitu terdapat 17 sifat huruf semuanya.


*Pembelajaran sifat huruf di laman ini memerlukan bimbingan guru yang bertauliah,anda disarankan supaya mendapatkan khidmat guru, laman ini hanya menyediakan panduan untuk ulangkaji sahaja.
*Setiap Bahan di laman ini belum mendapat pengesahan dari pihak bertauliah sebagai rujukan.


Post a Comment

Back to Top