Posted by Labels: at

Terdapat enam jumlah sifat bagi huruf Ba

1. Jahr ( sifat kuat )
Bahasa : nyata/nyaring/terang
Istilah : semasa menyebut hurufnya nafas tertahan  disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
Huruf jahr itu ada 19 huruf, yaitu:
ع – ظ – م – و – ز – ن – ق – ا – ر – ء – ذ – ي – غ – ض – ج – د – ط – ل – ب
Kesalahan sering terjadi pada huruf : ذ – ج – ز – ظ . Pengucapannya sering disertai dengan desisan nafas. Kesempurnaan pengucapannya dengan tertahannya nafas.
2. Syiddah ( sifat kuat)
Bahasa:kuat
Istilah: semasa menyebut hurufnya suara tertahan disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
3. Istifal ( sifat lemah )
Bahasa : merendah/menurun
Istilah : merendahkan lidah dalam keadaan mendatar ketika menyebutnya.
sebutan hurufnya hendaklah ditarqiqkan ( dinipiskan ) sama ada dalam keadaan berbaris atau sukun.
4. Infitah (sifat lemah )
Bahasa : renggang dan terbuka
Istilah : berjauhan lidah drpd lelangit yg menyebabkan suara dilepaskan dgn lapang dan terbuka
melahirkan suara yang ringan dan tipis
5.sifat huruf: izlaq (pertengahan)
Bahasa : lancar/tergelincir
Istilah: ringan huruf dan dapat disebut dengan senang dan lancar.
kelancarannya disebabkan suara hurufnya keluar daripada dua bibir.
6. Sifat tunggal – qalqalah (sifat kuat )
Bahasa: bergerak-gerak dan gementar
Istilah: bunyi lantunan yang kuat pada makhrajkerana tekanan yang kuat semasa menyebutnya dan dilepaskan dalam masa yang singkat.
Terbahagi kepada 3 bahagian:
A. Qalqalah sughro ( sukun tengah kalimah)
B. Qalqalah kubro ( sukun akhir kalimah )
C. Qalqalah akhbar(waqaf bertasydid )

carian berkaitan 





1 comment:

Back to Top