Lâm

Posted by Labels: at
Makhraj Huruf Sifat Huruf ﻞ (Lam)
Tepi hujung lidah ditekan ke gusi hadapan
Tahap huruf : pertengahan
Makhraj am: al-lisani ( lidah )
Makhraj khas: tepi (sisi)bahagian hadapan lidah ke gusi hadapan sebelah atas sama ada kiri atau kanan. Tepi hujung lidah ditekan ke gusi hadapan
1.sifat huruf : jahr ( sifat kuat )
Bahasa : nyata /nyaring/terang
Istilah : nafas tertahan semasa menyebut hurufnya disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
2. Sifat huruf : istifal ( sifat lemah )
Bahasa : merendah/menurun
Istilah : merendahkan lidah dlm keadaan mendatar ketika menyebutnya.
mempunyai hukum bacaan tersendiri sama ada tafkhim atau tarqiq.
3. Sifat huruf : infitah (sifat lemah )
Bahasa : renggang dan terbuka
Istilah : berjauhan lidah drpd lelangit yg menyebabkan suara dilepaskan dgn lapang dan terbuka.
melahirkan suara yang ringan dan tipis.
4. Sifat huruf : izlaq(pertengahan )
Bahasa : lancar/tergelincir
Istilah: ringan huruf dan dapat disebut dengan senang dan lancar .
kelancarannya disebabkan suara hurufnya keluar dari pinggir tepi bibir.
5. Sifat huruf : tawassut
Bahasa : sederhana/pertengahan
Istilah: semasa menyebut hurufnya, suara sederhana antara syiddah dan rakhawah, tidak terlalu tertahan dan tidak terlalu terlepas.
tidak perlu terlalu ditekan suara dan tidak juga perlu diringankan suara semasa melafazkannya.
6 .sifat tunggal : inhiraf ( sifat kuat )
Bahasa : melentur/melencong
Istilah : membunyikan huruf dgn melenturkan lidah dan melencongkan pada makhraj ﻥ.
Post a Comment

Back to Top