Wâw

Posted by Labels: at
Makhraj Huruf Sifat Huruf ﻮ (Wawu)
Dua bibir dimuncungkan
Tahap huruf : lemah
Makhraj am: syafataan ( dua bibir )
Makhraj khas: memuncungkan kedua-dua bibir dengan mengadakan sedikit ruang antara pemuncungan itu.
1.sifat huruf : jahr ( sifat kuat )
Bahasa : nyata /nyaring/terang
Istilah : nafas tertahan semasa menyebut hurufnya disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
2. Sifat huruf : rakhawah ( sifat lemah ) 
Bahasa : lembut
Istilah : suara terlepas ketika menyebut hurufnya kerana tekanan yang lemah pada makhrajnya.
dapat dikesan dgn adanya suara yg dilepaskan tanpa tersekat-sekat semasa menyebut hurufnya sama ada hurufnya berbaris atau sukun.
3. Sifat huruf :istifal ( sifat lemah )
Bahasa : merendah/menurun
Istilah : merendahkan lidah dlm keadaan mendatar ketika menyebutnya.
sebutan huruf hendaklah ditarqiqkan ( dinipiskan ) sama ada dalam keadaan berbaris atau sukun.
4. Sifat huruf : infitah (sifat lemah )
Bahasa : renggang dan terbuka
Istilah : berjauhan lidah drpd lelangit yg menyebabkan suara dilepaskan dgn lapang dan terbuka.
melahirkan suara yang ringan dan tipis.
5. Sifat huruf : ismat ( sifat pertengahan )
Bahasa : tertegah atau tertahan lidah
Istilah: tertegah daripada segera keluar ketika melafazkan huruf.
pelaksanaannya dgn cara memuncungkan dua bibir dan memastikan ada rongga udara semasa pemuncungannya.
6. Sifat huruf : lin ( sifat lemah )
Bahasa : lembut
Istilah : suara yang mengalun lembut semasa melafazkan hurufnya yang sukun sebelumnya berbaris fathah
Post a Comment

Back to Top