Dâl

Posted by Labels: at
Makhraj Huruf Sifat Huruf ﺪ (Dal)
Ujung lidah ditekan ke pangkal gigi atas
Tahap huruf : kuat
Makhraj am: al-lisani ( lidah )
Makhraj khas: menekan hujung lidah ke pangkal gigi kacip sebelah atas
1. Sifat huruf : jahr ( sifat kuat )
Bahasa : nyata /nyaring/terang
Istilah : nafas tertahan semasa menyebut hurufnya disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
2. Sifat huruf : syiddah ( sifat kuat)
Bahasa:kuat
Istilah: semasa menyebut hurufnya, suara tertahan disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya
3. Sifat huruf : ismat ( sifat pertengahan)
Bahasa : tertegah atau tertahan lidah
Istilah: tertegah daripada segera keluar ketika melafazkan huruf.
suara huruf yang bersifat ismat dilaksanakan tersekat-sekat kerana hurufnya dikeluarkan jauh dari bahagian pinggir lidah atau pinggir bibir.
4. Sifat huruf :istifal ( sifat lemah )
Bahasa : merendah/menurun
Istilah : merendahkan lidah dlm keadaan mendatar ketika menyebutnya.
sebutan huruf hendaklah ditarqiqkan ( dinipiskan ) sama ada dalam keadaan berbaris atau sukun.
5. Sifat huruf : infitah (sifat lemah )
Bahasa : renggang dan terbuka
Istilah : berjauhan lidah drpd lelangit yg menyebabkan suara dilepaskan dgn lapang dan terbuka.
melahirkan suara yang ringan dan tipis
6. Sifat tunggal – qalqalah (sifat kuat )
Bahasa: bergerak-gerak dan gementar
Istilah: bunyi lantunan yang kuat pada makhraj kerana tekanan yang kuat semasa menyebutnya dan dilepaskan dalam masa yang singkat.
Terbagi kepada 2 bahagian:
A. Qalqalah sughro ( sukun tengah kalimah)
B. Qalqalah kubro ( sukun akhir kalimah )
C. Qalqalah akhbar (waqaf bertasydid )
Post a Comment

Back to Top