Dhôd

Posted by Labels: at
Makhraj Huruf Sifat Huruf ﻇ (Dho’)
Ujung lidah dikeluarkan sedikit kemudian ditemukan dengan ujung gigi kacip atas
Tahap huruf : kuat
Makhraj am: al-lisani ( lidah )
Makhraj khas: membawa hujung lidah keluar sedikit kemudian ditemukan dengan hujung gigi hadapan (gigi kacip) sebelah atas. pangkal lidah ditekan ke lelangit .
1. Sifat huruf : jahr ( sifat kuat )
Bahasa : nyata /nyaring/terang
Istilah : nafas tertahan semasa menyebut hurufnya disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
2. Sifat huruf : ismat ( sifat pertengahan )
Bahasa : tertegah atau tertahan lidah
Istilah:tertegah daripada segera keluar ketika melafazkan huruf. 
suara huruf yang bersifat ismat dilaksanakan tersekat-sekat kerana hurufnya dikeluarkan jauh dari bahagian pinggir lidah atau pinggir bibir.
3 .sifat huruf : isti’la’ (sifat kuat )
Bahasa : tinggi atau terangkat
Istilah: semasa menyebut hurufnya, sebahagian besar pangkal lidah terangkat ke lelangit.
huruf yang kuat ditafkhimkan selepas ﻄ,ﺽ,ﺺ karena padanya terdapat itbaq.
4. Sifat huruf : itbaq ( sifat kuat )
Bahasa : menghimpit/melekapkan/melekat
Istilah : melekapkan tepi lidah ke lelangit semasa menyebut hurufnya yg menyebabkan suara terhimpit antara kedua-duanya.
sifat bacaan yang lebih kuat dari isti’la’
huruf itbaq yang kuat selepas ﻄ,ﺽ,ﺺ
5 . Sifat huruf : rakhawah ( sifat lemah )
Bahasa : lembut
Istilah : suara terlepas ketika menyebut hurufnya kerana tekanan yang lemah pada makhrajnya.
dapat dikesan dgn adanya suara yg dilepaskan tanpa tersekat-sekat semasa menyebut hurufnya sama ada hurufnya berbaris atau sukun.
Post a Comment

Back to Top