Ghoîn

Posted by Labels: at
Makhraj Huruf Sifat Huruf ﻍ (Ghoin)
Suara ditekan ke pangkal halkum/kerongkong
Tahap huruf : pertengahan
Makhraj am: al-haq ( kerongkong )
Makhraj khas: menekan suara ke permulaan halkum / kerongkong iaitu di bahagian yang hampir ke pangkal lidah dan anak tekak.
1.sifat huruf : jahr ( sifat kuat )
Bahasa : nyata /nyaring/terang
Istilah : nafas tertahan semasa menyebut hurufnya disebabkan tekanan yang kuat pada makhrajnya.
2 .sifat huruf : isti’la’ (sifat kuat )
Bahasa : tinggi atau terangkat
Istilah: semasa menyebut hurufnya, sebahagian besar pangkal lidah terangkat ke lelangit.
kekuatan tafkhim selepas ﻄ,ﺽ,ﺺ ,ﻇ,ﻖ kerana padanya terdapat jahar.
3. Sifat huruf : ismat ( sifat pertengahan)
Bahasa : tertegah atau tertahan lidah
Istilah: tertegah daripada segera keluar ketika melafazkan huruf.
suara huruf yang bersifat ismat dilaksanakan tersekat-sekat kerana hurufnya dikeluarkan jauh dari bahagian pinggir lidah atau pinggir bibir.
4 . Sifat huruf : rakhawah ( sifat lemah )
Bahasa : lembut
Istilah : suara terlepas ketika menyebut hurufnya kerana tekanan yang lemah pada makhrajnya.
dapat dikesan dgn adanya suara yg dilepaskan tanpa tersekat-sekat semasa menyebut hurufnya sama ada hurufnya berbaris atau sukun.
5. Sifat huruf : infitah (sifat lemah )
Bahasa : renggang dan terbuka
Istilah : berjauhan lidah drpd lelangit yg menyebabkan suara dilepaskan dgn lapang dan terbuka
dilafazkan dengan ringan tetapi suara tafkhim tetap ditunaikan kerana sifat isti’la’ yang ada padanya.
Post a Comment

Back to Top